SELAMAT DATANG

Selamat datang ke blog Team Nilam Johor A. Kami merupakan sekumpulan peserta bagi Pertandingan Pencalonan Tokoh NILAM Peringkat Johor (Sekolah Menengah). Ini merupakan blog berkat hasil kami berlima (Alia, Joshua, Azura, Sharmila dan Sarin) ditujukan khas kepada tokoh-tokoh NILAM di Johor, serta peminat-peminat sukan badminton di Malaysia. Kami amat berharap ikhtiar kami ini akan meningkatkan lagi kesedaran dan minat terhadap sukan badminton di samping memberikan pendedahan mengenai program NILAM di peringkat sekolah.

ARSIP

March 2009

ARTIKEL LAMA

Gerakan Kaki Asas bagi Permainan Badminton
Sukan Badminton

Wednesday, March 11, 2009

Gerakan Kaki Asas bagi Permainan Badminton

Video di bawah menunjukkan gerakan kaki asas (footwork) bagi permainan badminton secara amnya.



Perhatian: Pihak penulis blog tidak menganggap video ini sebagai hak milik pihak penulis. Pihak penulis blog tidak memikul sebarang tanggungjawab sekiranya video ini tidak dapat ditonton.

Labels: ,

Tuesday, March 10, 2009

Sukan Badminton

APA ITU BADMINTON?

Badminton merupakan sejenis sukan raket yang dimainkan oleh sama ada dua orang pemain bertentangan (perseorangan) ataupun dua pasangan bertentangan (beregu), yang mana posisi pemain ialah bertentangan di dalam sebuah gelanggang empat segi yang dibahagikan oleh jaring. Pemain dapat memungut mata melalui pukulan bulu tangkis menggunakan raket mereka jadi ia dapat melepasi atas jaring dan jatuh di kawasan pihak lawan. Pukulan rali berhenti selepas bulu tangkis jatuh di atas lantai, dan bulu tangkis hanya boleh dipukul sekali bagi setiap sisi sebelum ia melepasi atas jaring.


SEJARAH SUKAN BADMINTON
Permainan badminton sudah lama wujud sekitar dua ribu tahun lalu. Permainan ini dikenali sebagai Battledore dan Shuttlecock yang mula dimainkan pada zaman Yunani kuno, India dan China. Pada tahun 1600 Battledore dan Shuttlecock dimainkan oleh masyarakat kelas pertengahan di England dan beberapa negara Eropah untuk mengisi masa lapang. Permainan badminton juga dikenali sebagai ”Poon” di India pada tahun 1800. Badminton diberi nama ”Badminton House” di Gloucestershire iaitu kampung halaman ”Duke of Beaufort”. Duke adalah nama gelaran bagi bangsawan eropah pada zaman dulu.


GELANGGANG
PERATURAN PERMAINAN

Peraturan dan undang-undang permainan badminton ditetapkan oleh IBF.

Sistem pemarkahan

- Tiga pusingan untuk satu permainan dengan kiraan 21 mata.
- Setiap kali serve, pemain akan dapat mata.
- Pada kedudukan mata 20 sama, tambahan dua mata (deuce) akan diberikan kepada pemain.
- Pemain yang dapat menambah dua mata tambahan akan menang .
- Manakala apabila kedua pemain terikat pada 29 sama, pemain yang dapat menambah mata menjadikan kedudukan 30 akan memenangi permainan tersebut.
- Permain yang menang pada set pertama akan memulakan permainan pada set kedua.


Jarak masa antara permainan dan menamatkan permainan

- Apabila pemain mendahului pihak lawan dengan 11 mata, pemain mempunyai 60 saat jarak masa antara perlawanan.
- Jarak masa 2 minit di antara setiap perlawanan dibenarkan.
- Dalam set ketiga, pemain diberi peluang untuk menamatkan perlawanan apabila mendahului dengan 11 mata.

KEMAHIRAN ASAS BADMINTON
Terdapat dua cara memegang raket iaitu pegangan hadapan dan pegangan kilas

Servis
Terdapat tiga jenis pukulan servis iaitu :
I ) Servis Rendah
# Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan
# Ayun raket ke belakang
# Siku bengkok hampir ke badan
# Tangan kiri pegang bulu tangkis
# Lepaskan bulu tangkis
# Ayun raket pantas ke hadapan
# Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri
# Pandang ke sasaran

II ) Servis Flik
# Flik bulu tangkis dengan pergelangan tangan di hadapan kaki kiri
# Pukulan bulu tangkis tinggi melepasi pihak lawan
III ) Servis Tinggi
# Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan
# Ayun raket tinggi ke belakang
# Pegang bulu tangkis tinggi di paras hadapan muka
# Lepaskan bulu tangkis
# Ayun raket ke hadapan dengan lengan diluruskan
# Pandang bulu tangkis


Pukulan
Terdapat empat jenis pukulan iaitu :

I ) Pukulan Hadapan
> Pandang bulu tangkis
> Ayun raket ke belakang
> Sebelah tangan lagi diluruskan
> Ayun raket dengan tangan lurus
> Pukul bulu tangkis pada jangkauan yang tinggi

II ) Pukulan Kilas
> Pandang bulu tangkis
> Kaki kanan menyilang ke kiri
> Kilas raket separa bahu
> Pukul bulu tangkis

III ) Pukulan Lob
> Kemahiran pukulan hadapan boleh digunakan untuk melakukan pukulan lob.
> Pukulan ini digunakan untuk memaksa pihak lawan
bergerak jauh ke belakang gelanggang.

IV ) Pukulan Smesy
Pukulan smesy boleh digunakan ketika bulu tangkis berada tunggi di udara. Ia digunakan untuk menamatkan rally. Sasaranyan ialah ke ruang kosong gelanggang lawan.
> Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan
> Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok
> Sebelah tangan lagi lurus ke atas
> Pukul bulu tangkis dengan pantas

PERALATAN PERMAINAN SUKAN BADMINTON
RAKET BADMINTON
BULU TANGKIS


NET GELANGGANG BADMINTON



Labels: , ,